Posted by: nadiazul on: August 13, 2009
Jika diberi pilihan saya mahu bercuti di India kerana India penuh dengan banyak perkara yang menakjubkan.Di India ada banyak sungai dan bukit-bukit semula jadi. Sungai Ganges membawa banyak sejarah. Di sungai itulah abu mayat yang sudah dibakar dihanyutkan. India juga ada banyak sejarah terutama dewa-dewi mereka dan raja-raja yang menakluk negara tersebut. India juga terkenal dengan masjid/istana yang dibina oleh seorang raja kepada isterinya.
India juga banyak gua. Gua yang paling terkenal dan dianggap ‘suci’ adalah gua ajanta.Ada banyak ukiran yang diukir dari masa lampau tentang sejarah hindu boleh dilihat di dlam gua ajanta. Saya juga kagum dan terpegun dengan adat resam orang india.Ia menunjukkan bahawa Orang India masih mengikut adat yang diturunkan dari zaman nenek moyang mereka.